Thursday, 26 January 2012

saya cintakan dia


malam2 yg dingin seperti ini meniupp kalbuku 
untuk menulis blog yang sekian lama membisu,
teruja aku bila kenang kembali saat2 aku bersama
keluargaku di rumah..tangis dan gelak tawa setiap adik2 ku 
masih dalam ingatan ku..raut wajah mereka sering tergambar dalam 
imej fantasi hidupku ini...yang paling tidak akan dilupai IBU dan AYAHKU
selalu tringatka mereka berdua...rindu kian memuncak kerna berjauhan dari mereka
baru dua tiga hari aku meninggalkan rumah...sudah tringat kan mereka..
UMMI
itulah gelaran yang xpernah kering di bibit mulutku..nama yang sering ku sebut
kala aku memerlukannya...tak dapat digambarkan bagaimana hidupku tanpanya
keluh kesah hidupku...selalu ku luahkan padanya...aku sayang sangat kat dia...
AKU CINTAKAN DIA...aku rindu kat dia...ingin aku membawa kejayaan untuknya


beberapa hari lepas, sewaktu aku sampai di petaling jaya, di sini..aku sampai waktu 
maghrib...terus masuk ke bilik letak barang..lepas selesai solat maghrib terus aku taip 
mesej utk ibuku mesej menyatakan  aku sudah sampai disini
"kirim salam kat abi dan adik2 semua ok huhu...halalkan makan minum..
doakan berjaya menggenggam segulung ijazah yea.."
ummi pulak balas "jaga kesihatan, ummi doakan kejayaan  semoga berjaya di 
dunia dan akhirat"

tak lama lepas tu ummi xbalas...tiba2 abi hantar msg guna hphone ummi tuu
..dia ckp ummi baru terkesat terkedu trima sms aku..ummi kata bila aku hantar sms
selalu menyentuh hatinya..itulah kasih ibu yang tidak bertepi..ummi baru henti nangis 
kenang kan aku...aku mula sebak...UMMI tringat kat aku.. :'(

aku balas...aku selalu ingat kat dia...

AKU SAYANG DIA
AKU CINTA DIA 



Apakah sebenarnya

Terbuku dikalbumu

Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku

Tak bisa kurungkainya

Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga

Tidak mampu merasa

Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan

Untuk dewasakan ku

Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu

Namun kupercaya

Takkan terlerai kasih

Ikatan ini takkan putus

Aku hanya menduga

Tidak mampu merasa

Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan

Untuk dewasakan ku

Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu

Telah kau telan lara

Dan terima segala

Dugaan dan badai yang melanda…

Duhai ibu


 Kasihnya ibu membawa ke syurga. Ibu adalah seumpama mentari yang seringkali menyinari kehidupan setiap insan di dunia ini. Cintanya seorang ibu kepada anak-anak sudah tersemai sejak mereka di dalam kandungan lagi. Dan kasih tersebut terus berkembang mekar buat selamanya.

Pengorbanan ibu adalah bermula dari mengandungkan anakmu di dalam rahimmu selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudiannya sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan anaknya untuk menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini. Ibu, kini baru kusedar betapa kau sanggup menggantikan kesakitanku ini ketulusan hatimu yang suci sesuci embunan pagi.

Sungguh mulia pengorbanan seorang ibu, Rasullullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulallah SAW maka ia berkata: “Wahai Rasulullah Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab:”IBUMU” Dia berkata lagi kemudian: kemudian siapa? Rasulullah menjawab”IBUMU” Dia berkata lagi: kemudian siapa? Rasullullah menjawab:”AYAHMU” (Hadis Riwayat BUKHARI DAN MUSLIM).

Kasihnya seorang Ibu kepada anaknya begitu hebat hingga tak mampu untuk kita mengukurnya. Bak umpama air dicincang tidak akan putus, begitulah tingginya nilai kasih seorang yang bergelar ibu.

Tiada lain yang dapat menggantikan kasih sayangmu ibu. Ibu adalah sumber inspirasi yang terbesar buat anak-anak. Walaupun hatimu bersedih, dikau sanggup menyembunyikan kesedihanmu itu demi membuatkan anak-anakmu bahagia. Gelak tawa anak-anakmu adalah penawar segala kepahitan yang dikau alami. Ibu, kaulah insan yang mengajar kami tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupanku. Ku doakan agar setiap titik peluh serta derita yang diharungi mendapat tempat di sisi Allah SWT.Sebagaimana yang diketahui, kedudukan ibu begitu tinggi nilai serta martabatnya pada pandanganAllah.

 Akhirnya, sebagai kesimpulan hargailah ibu kita selagi mereka masih hidup. Tanpa ibu, kehidupan kita langsung tidak mempunyai apa-apa. Begitu tinggi sanjungan dan istimewanya penghormatan Islam terhadap martabat dan kedudukan ibu. Tanpa ibu, siapalah kita. Semua makhluk mempunyai ibu. Tiada satu makhluk pun yang tidak mempunyai ibu, tumbuhan yang membiak melalui pertunasan pun membiak melalui induknya.Siapa induk itu? Induk itulah ibu.Kita pernah mendengar anak yang dilahirkan ke dunia ini tanpa ayah, sebagaimana kisah Nabi Allah,Nabi Isa a.s tetapi kita tidak pernah mendengar anak yang dilahirkan tanpa ibu. Maha Suci Allah.Muliakanlah ibu-ibu kami.





Wednesday, 4 January 2012

bersambungnya titik perjuangan

akhirnya tibalah waktu ku utk aku smbung perjuangan aku mnuntut ilmu bg sesi
2012 bersamaan 1433H...aku harap dgn izin Allah, dptku tuntut ilmu dgn baik
mudahan dikurniakan ilmu yang mencurah2...ilmu ni  x trbatas.....cma kita ja yg 
perlu mencari, meneroka dan berusaha utk dapatkannya....


hmmm...hrini awai2 pg aku bgun lpas sbuh jmuq kain hahaha besa laa rutin yg umi 
buat aku tlong...pastu siap2 nk kluaq p bli tiket ke KL...lpas ni bermulalah hidupku 
di dunia KL..xtaw la apa jd, hrap2 baek2 aja dong...berbekalkan nasihat umi abi...
dan sebagai Abg sulung..aku kna laluinya dgn tabah, sabar dan istiqamah dalam 
amalan..mudahan sentiasa di bawah naunganNya...kuat kan keazaman diri..aku memang 
jahil lg...walaupun dah 5 tahun aku blajaq bahasa syurga, namun aku blum lg boleh 
menguasainya...ilmu masih cetek..pkiran masih pendek...takut, gementar trasa di susuk
tubuhku....merasakan cabaran2 yg bakal mendatang...



besok..aku akn bertolak dari kulim ke KL..rsa sedih plak nk tinggal kan fmly...
berat hatiku meninggalkn org2 yang aku syg...pilu tidak trkira,...mesti rindu 
punyalah..ceewaaahhh jiwang ayt heheh~ ape2 pun aku tetap syg mreka...


(^_^)


skrg nie kuatkan azam, kuat semangat, kuat segala yg positif...utk hadapi 
cabaran dan rintangan yang bakal mendatang...istiqamah kuncinya
aku ckp cmni adalah utk motivasikan diriku sniri...bkn sekadar share..
pada siapa2 yang bca blog ni doakan kejayaan aku yaa.....
renung2kan dan slamat bramal hu2


SELAMAT MAJU JAYA